Makro Pengajaran Penjodoh Bilangan

Makro Pengajaran

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 4
Masa : 30 minit
Bilangan murid : 15 orang
Tajuk : Unit 12 Dunia Maya
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i. Membaca sebutan perkataan ( pasang, pintu, naskhah, ruas, baris dan suap) dengan betul.
ii. Menggunakan penjodoh bilangan ( pasang, pintu, naskhah, ruas, baris dan suap) dengan betul.
iii.Membina ayat dengan penjodoh bilangan ( pasang, pintu, naskhah, ruas, baris dan suap) itu dengan betul.
Fokus utama :
5.1 Membaca perkataan dengan kuat dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aras 1 (ii) Menerangkan makna perkataan, rangkai kata, dan ayat.
Fokus sampingan :
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Kemahiran bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
Sistem bahasa :
1. Tatabahasa : Penjodoh bilangan
2. Kosa Kata : tebu, majalah
Pengisian Kurikulum :
a. Pengetahuan : Sains
b. Nilai murni : Menghargai Harta Benda
c. Kemahiran bernilai tambah :
- Kemahiran berfikir : mengkonsepsikan dan menghubungkaitkan.
Pengetahuan sedia ada
Murid-murid pernah belajar penjodoh bilangan seperti buah, rawan, batang, rumpun, utas dan sebagainya.
Alat Bantu Mengajar:
1. Kad Baris Huruf.
2. Kad Penjodoh Bilangan
3. Kad Maksud Penjodoh Bilangan
4. Gambar
Kertas Kerja: Kertas Kerja Membina Ayat

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah dan Masa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan
Set Induksi
( 3 minit )
1. Guru menunjukkan kad baris huruf.

2. Guru meminta murid mencari perkataan dalam baris huruf.

3. Guru menamakan murid menulis perkataan dalam baris huruf di papan tulis.

Jawapan:
1. rawan
2. buah
3. batang
4. rumpun
5. utas
4. Guru mengaitkan tajuk hari ini “Penjodoh Bilangan”.
1. Murid memberi perhatian.


2. Murid mencari perkataan dalam baris huruf.


3. Murid menulis jawapan di papan tulis.





4. Murid memberi perhatian.
ABM
Kunrawanmhhkx
Sdbuahkvhlsdnck
Kbatangshfkhkdj
rumpunfbvkjvutas




Kad baris huruf
Langkah 1
( 5 minit )
1. Guru menunjukkan kad penjodoh bilangan.

2. Guru meminta semua murid membaca penjodoh bilangan tersebut.

3. Guru memberi penerangan maksud tentang penjodoh bilangan yang ditunjukkan.

4. Guru meminta murid memberi contoh berdasarkan penjodoh bilangan yang ditunjukkan.

1. Murid memberi perhatian.


2. Murid membaca penjodoh bilangan.


3. Murid memberi perhatian..



4. Murid memberi contoh secara individu
ABM
Kad penjodoh bilangan( pasang, pintu, naskhah, ruas, baris dan suap)
Langkah 2
( 7 minit )
1. Guru menunjukkan kad maksud penjodoh bilangan.

2. Guru meminta murid membaca maksud penjodoh bilangan tersebut.

3. Guru menamakan murid menampalkan kad penjodoh bilangan pada maksud penjodoh bilangan dengan betul.

4. Guru meminta murid membaca penjodoh bilangan dan maksudnya.

1. Murid memberi perhatian.



2. Murid membaca maksud penjodoh bilangan.

3. Murid menampalkan kad penjodoh bilangan.



4. Murid membaca penjodoh bilangan dan maksudnya.
ABM
Kad maksud penjodoh bilangan

Kad Penjodoh Bilangan( pasang, pintu, naskhah, ruas, baris dan suap)
Langkah 3
( 5 minit )
1. Guru menampalkan kad penjodoh bilangan pada papan tulis.

2. Guru mengedarkan kad gambar kepada setiap murid.

3. Guru meminta murid menampalkan kad gambar dengan penjodoh bilangan dengan betul.

4. Guru berbincang jawapan dengan murid.

5. Guru meminta murid membaca penjodoh bilangan dan perkataan dalam gambar.

6. Guru menyuruh murid menghargai harta benda.

1. Murid memberi perhatian.


2. Murid memberi perhatian.


3. Murid menampalkan kad gambar.



4. Murid berbincang jawapan dengan guru.

5. Murid membaca penjodoh bilangan dan perkataan dalam gambar.

6. Murid memberi perhatian.

ABM
Kad Penjodoh Bilangan( pasang, pintu, naskhah, ruas, baris dan suap)

Gambar


Nilai Murni
Menghargai Harta Benda

Langkah 4
( 7 minit )
1. Guru meminta murid membina ayat dengan penjodoh bilangan secara sebutan.

1. Murid membina ayat dengan secara sebutan.

Penutup
( 3 minit )
1. Guru mengedarkan kertas latihan kepada murid.

2. Guru meminta murid membina ayat dengan betul.

1. Murid memberi perhatian.


2. Murid membina ayat.
Kertas Kerja


REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN
Saya memilih kelas empat. Kelas itu mempunyai 14 orang murid sahaja yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Kelas itu adalah kelas yang paling lemah dan nakal di sekolah saya. Dalam peperiksaan, kelas ini hanya terdapat 5 orang murid lulus dalam peperiksaannya. Mereka memang tidak minat untuk belajar Bahasa Malaysia. Jadi, aktiviti yang dirancang oleh saya mestilah senang untuk difahami dan menggalakkan murid-murid aktif dalam pengajaran saya.
Dalam aktiviti set induksi saya, saya berjaya menarik perhatian dan menimbulkan keminatan murid-murid untuk belajar. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan yakin dalam aktiviti set induksi termasuk murid yang lemah. Kelemahan dalam set induksi saya ialah saya terlupa memberitahu murid-murid tentang objektif pada hari ini. Saya akan menambahbaikan kelemahan ini dengan selalu mengingatkan diri.
Dalam langkah pertama, murid-murid dapat membaca kad penjodoh bilangan dengan betul. Mereka juga mendengar penerangan saya dengan pasang telinga. Oleh kerana murid-murid lemah dalam kosa kata, jadi hanya beberapa orang murid dapat memberi contoh sahaja. Saya memberi contoh-contoh untuk membantu murid-muridku.
Seterusnya, murid-murid aktif dalam aktiviti langkah 2 termasuk murid yang lemah. Langkah ini berjaya dijalankan dan murid-murid menampalkan kad penjodoh bilangan dengan betul.
Saya berasa paling kecewa dalam langkah tiga kerana saya terlupa menyediakan sekeping kad gambar yang berkaitan sesuap nasi. Kekurangan saya sangat serius dalam langkah ini. Kekurangan ini telah menyebabkan saya tidak dapat menilai murid-murid dalam kefahaman tentang penjodoh bilangan “suap”. Akhirnya, saya melukis gambar segera di papan tulis. Kesalahan ini adalah kerana saya tidak memeriksa alat bantu mengajar saya sebelum masuk kelas. Saya akan memeriksa alat bantu mengajar saya sebelum masuk kelas pada setiap pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Di samping itu, murid-murid tidak mencapai objektif membina ayat. Murid-murid yang pandai membina ayat dengan mudah manakala murid yang lemah hanya dapat membina beberapa ayat sahaja. Murid-murid memang lemah dalam membina ayat. Jadi, saya perlu memperbanyakkan mengajar teknik membina ayat untuk menambahbaikan kelemahan murid-murid. Saya juga perlu memberi contoh yang banyak untuk membantu murid-murid membina ayat.
Dalam sepanjang 30 minit, murid saya telah mencapai 2 objektif pengajaran daripada 3 objektif. Murid-murid telah membaca sebutan perkataan dengan betul dan menggunakan penjodoh bilangan dengan betul. Objektif pengajaran yang murid tidak capai ialah membina ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan yang diberikan. Dalam kertas latihan murid-murid, hanya 3 orang murid daripada 14 orang murid membina ayat dengan semua ayat yang betul. Saya perlu memberi kosa kata yang dapat dibina ayat di papan tulis untuk membantu murid membina ayat.
Walaubagaimanapun, makro pengajaran telah saya selesai dijalankan. Saya mendapat pelbagai pengalaman pengajaran penjodoh bilangan. Saya akan menambahbaikan teknik pengajaran dan pembelajaran saya supaya murid-murid saya dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget