Mikro Pengajaran Penjodoh Bilangan

MIKRO PENGAJARAN PENJODOH BILANGAN



REFLEKSIMIKRO – PENGAJARAN
( Set Induksi dan Langkah 1)
Sebelum menjalankan mikropengajaran saya, saya berasa tugasan ini sukar untuk dijalankan. Saya merancang semua aktiviti-aktiviti saya dengan teliti. Saya juga memilih murid saya untuk merakamkan video tersebut.
Saya memilih kelas empat. Kelas itu mempunyai 14 orang murid sahaja yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Kelas itu adalah kelas yang paling lemah dan nakal di sekolah saya. Dalam peperiksaan, kelas ini hanya terdapat 5 orang murid lulus dalam peperiksaannya. Mereka memang tidak minat untuk belajar Bahasa Malaysia. Jadi, aktiviti yang dirancang oleh saya mestilah senang untuk difahami dan menggalakkan murid-murid aktif dalam pengajaran saya.
Jadi saya memilih set induksi untuk berpusatkan murid. Saya juga memlih penjodoh bilangan yang lebih senang untuk murid-murid tahun empat kerana mereka lemah dalam Bahasa Malaysia. Jika murid-murid saya tidak dapat mencari jawapan dalam set induksi saya, kemungkinan mereka akan berasa kurang minat dan kecewa dalam aktiviti pengajaran tersebut.
Dalam langkah pertama, saya menerangkan maksud dan kegunaan penjodoh bilangan dengan menggunakan bahasa jasmani. Tujuannya adalah menambahkan kefahaman murid-murid terhadap penerangan saya. Bagi murid-murid tersebut langsung tidak dapat berinteraksi dengan satu ayat Bahasa Malaysia yang sempurna dan mereka hanya dapat berinteraksi dengan perkataan yang senang sahaja. 

Saya berasa kekuatan saya adalah nada suara saya dan bahasa jasmani saya dapat menarik perhatian dan menambahkan kefahaman murid-murid. Murid-murid itu dapat memahami penerangan saya dan kebanyakan murid-murid berasa minat untuk belajar. Murid-murid juga aktif untuk melibatkan diri dan rela menjawab soalan saya dalam pengajaran saya.
Kelemahan saya adalah banyak. Pertamanya, dalam video itu saya didapati dua orang murid lelaki bergoyang kaki di bawah meja dan tidak berhenti selama 10 minit. Adakah murid-murid tersebut kurang mengambil perhatian dalam pengajaran saya? Kemungkinan mereka berasa bosan dalam pengajaran saya. Dalam penerangan saya telah menyebabkan murid yang aktif berasa bosan dalam pengajaran saya. Jadi, saya perlu menggunakan teknik yang berpusatkan murid dan saya perlu memperbanyakkan aktiviti pengajaran untuk murid-murid tersebut.
Keduanya, saya telah memuji murid-murid dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Dalam pengajaran Bahasa Malaysia, saya sepatutnya menggunakan Bahasa Malaysia sepenuh masa. Itulah kecuaian yang besar untuk saya sendiri walaupun saya hanya bercakap sekali sahaja. Kesalahan yang besar itu mungkin akan menyebabkan murid-murid mengelirukan murid-murid dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Saya perlu melatih diri dengan fasih berinteraksi Bahasa Malaysia pada bila-bila masa. Saya juga perlu berbincang masalah saya dengan guru-guru yang berpengalaman untuk belajar kekuatan mereka.
Saya akan menambahbaikan kelemahan dan mengekalkan kekuatan saya untuk meningkatkan profesionalisme saya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaranku. Saya berharap proses pengajaran dan pembelajaran saya akan dijalankan dengan lancer dan berkesan. Murid-murid saya dapat aktif dan berasa seronok dalam aktiviti pengajaran saya.
There was an error in this gadget